corporate news-stidc

Setinggi-tinggi Tahniah YBRS. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah

Zainal Abidin Dilantik Pengurus Besar PUSAKA Baharu

KUCHING: Zainal Abidin Abdullah dilantik Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) berkuatkuasa 1 Ogos 2023.

Beliau menggantikan mantan Pengurus Besar PUSAKA Datu Hashim Bojet yang telah bersara pada 31 Julai lepas.

PUSAKA dalam satu kenyataan media pada Selasa memberitahu, Zainal Abidin merupakan golongan profesional yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industry perhutanan dan perkayuan.
“Beliau membawa pengetahuan yang luas dalam aspek perancangan strategik untuk pembangunan industri perkayuan selaras dengan dasar negara,” jelas PUSAKA.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Zainal Abidin menzahirkan perasaan berbesar hati untuk mengambil peranan baharu ketika masa yang mencabar bagi industri perkayuan ini khususnya dari segi bahan mentah dan kebolehcapaian pasaran di samping Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan pengurusan PUSAKA dalam menangani isu-isu ini dengan teliti dan inovatif bagi manfaat pihak berkepentingan serta pada masa sama memberi tumpuan kepada prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam industri perkayuan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap dapat meneruskan legasi dalam memacu kemampanan industri perkayuan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk mengubah Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030 seiring dengan slogan ‘Sarawak Maju Makmur’.

Difahamkan, Zainal Abidin mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia dengan dan Sarjana Korporat dalam Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi dan Kewangan) dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). -EDISI UKAS
#UKASnews
#menyebarfakta
#SarawakMajuMakmur